Tuesday, 27 July 2021
Anda berada di: Laman Utama Kurikulum DELIMa KPM
DELIMa PDF Print E-mail

DELIMA1

photo 2021-07-04 02-17-36

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan dengan amalan norma baharu sejak tersebarnya virus pendemik Corona Virus (COVID-19). Platform pembelajaran DELIMa KPM ini merupakan penjenamaan semula kepada MOE Digital Learning yang sedia ada.

Platform ini secara puratanya menghimpunkan 1.7 juta penggunaan aktif pada setiap bulan. Data ini menjadikan DELIMa KPM sebagai salah satu platform pembelajaran kebangsaan terbaik di peringkat antarabangsa.

Berikut merupakan data pengguna aktif yang terdapat dalam sistem sehingga kini:

  • 10,000 sekolah
  • 370,000 guru
  • 2.5 juta murid

DELIMa KPM : KPM Online Learning

Pelantar DELIMa KPM ini telah dilancarkan oleh Ybrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 15 Jun 2020. Pelancaran ini berlangsung menerusi webinar Malaysia Towards Digital Learning in the New Normal.

DELIMa merupakan akronim bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Pelantar ini menawarkan pelbagai aplikasi, e-pembelajaran dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan guru dan murid untuk menggerakkan pembelajaran dalam talian, contohnya:

  • Google Classroom
  • Microsoft 365 
  • Apple Learning Centre

Platform pembelajaran DELIMa KPM

Apakah sebenarnya DELIMa? Adakah ia merupakan platform baharu pembelajaran digital KPM?. Baik, mari kita kenali apa itu DELIMa berdasarkan pemahaman saya setelah mengikuti acara pelancaran sebentar tadi.

1. Penjenamaan semula platform MOE Digital Learning

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.

2. Diakses menggunakan akaun Google sedia ada

Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

3. Disokong tiga rakan strategik utama: Google, Microsoft dan Apple

Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.

Mereka menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran.

Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing).

Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar.

4. Disokong oleh pelbagai rakan dalam penyediakan kandungan DELIMa

KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan pembelajaran kepada para guru dan pelajar.

Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru dan pelajar, MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan Siber.

5. Menawarkan ruang kerjasama dengan lebih ramai pihak

Antara budaya baharu yang ingin diwujudkan adalah memberi demokrasi kepada pembelajaran, memantapkan kemahiran pelajar untuk keperluan masa hadapan serta pembangunan komuniti dengan galakan perkongsian kepakaran dan kemahiran.

Oleh itu, berdasarkan sesi pelancaran platform DELIMa sebentar tadi, KPM dilihat telah membuka ruang kerjasama kepada lebih ramai pihak dalam usaha menyokong ekosistem pembelajaran di Malaysia.

6. Memperkasa perkongsian idea daripada guru

DELIMa merupakan platform perkongsian dan kolaborasi yang menyediakan ruang untuk para guru mengetengahkan idea-idea dalam pendidikan. Oleh itu, mereka menyediakan platform yang dikenali sebagai Ruang Ilmu menerusinya.

KPM mempelawa para guru untuk berkongsi sebarang kandungan pendidikan menerusi halaman khas yang disediakan menerusi platform ini. Ini untuk mengalakkan guru berkongsi sumber pembelajaran serta membolehkan guru menyokong antara satu sama lain.

Kesimpulannya, DELIMa merupakan satu inisiatif yang dibangunkan KPM untuk menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan secara digital. Ianya akan memudahkan guru dan pelajar belajar dengan penawaran pengalaman penggunaan platform digital secara tunggal untuk pelbagai perkara. KPM juga berkerjasama dengan pelbagai rakan dalam penyediaan kandungan pendidikan untuk diakses atau dipautkan menerusi platform pembelajaran maya ini.

 

 

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.