BULAN MEMBACA & MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH Print

Dalam era kecanggihan teknologi maklumat masa kini dan perkembangan ilmu pengetahuan yang amat pantas, murid-murid perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran agar tidak tersisih daripada alam insan yang berilmu. Lantaran tahap pembacaan dan minat membaca dalam kalangan murid-murid masih rendah, perlu diadakan kempen galakan membaca dalam kalangan murid di sekolah ini. Di atas inisiatif Pusat Sumber Sekolah dan pentadbir sekolah, maka satu kempen Bulan Membaca telah dilancarkan pada 5 Julai 2010 yang lalu. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Minggu PSS, Pertandingan Info-Hunt, Tokoh Nilam dan pelbagai aktiviti menarik. Diharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran para murid di SMKS19 betapa pentingnya membaca.

OBJEKTIF

  • Menjadikan murid banyak membaca dalam melibatkan semua genre, bahan berkualiti dan tidak terkongkong kepada bahan yang berorientasikan peperiksaan
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
  • Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani    berhadapan dengan khalayak ramai, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas
  • Melahirkan ramai pelajar yang cintakan bahan bacaan
  • Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat