Lembaga Pengawas Print

Moto Lembaga Pengawas SMK Seksyen 19, Shah Alam

“BERUSAHA, BERDISIPLIN DAN BERJAYA”

 

Piagam Lembaga Pengawas SMK Seksyen 19, Shah Alam

Kami Lembaga Pengawas SMK Seksyen 19 dengan penuh iltizam berjanji akan bekerja dengan usaha tenaga kami untuk:

  • memantapkan disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan gemilang.
  • membantu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala aktiviti yang diadakan dengan cemerlang dan berkesan.
  • memberi layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan.
  • memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha meningkatkan mutu disiplin.
  • menjana pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi sekolah.

 

Ikrar lembaga pengawas

Bahawa kami pengawas-pengawas Sekolah Menengah Kebangsan Seksyen 19 berikrar akan menumpukan sepenuh taat setia kami terhadap lembaga pengawas dan sekolah ini berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

  • Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip-prinsip rukun negara
  • Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi dan bertanggungjawab
  • Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah
  • Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik
  • Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah

 

Perlembagaan Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam

  • Diperkenalkan pertama kali sebagai perlembagaan rasmi LPS,

SMK Seksyen 19 pada Januari 2009.

  • Susunan Perkara:
  • Bahagian 1: Perlantikan Pengawas

            Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru
            Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas
            Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas
            Fasal 4: Pakaian Pengawas
                                                         

  • Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas

            Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi
            Fasal 2: Ahli Jawatankuasa
            Fasal 3: Bidang Kuasa AJK

  • Bahagian 3: Tugasan Pengawas

            Fasal 1: Tugasan Khusus
            Fasal 2: Tugasan Sampingan
            Fasal 3: Tindakan Disiplin

  • Bahagian 4: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

            Fasal 1: Jenis Kesalahan
            Fasal 2: Perbicaraan
            Fasal 3: Hukuman
           

  • Bahagian 5: Persaraan Pengawas

            Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas
            Fasal 2: Masalah Disiplin
            Fasal 3: Perletakan Jawatan
            Fasal 4: Arahan Majlis Pentadbiran