Bilik Sukan Print
 Bilik Sumber Sukan dan PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah sekolah.  Bilik ini menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk sukan sekolah mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan (PJPK).
Tahun 2011, bilik ini telah menjalani satu transformasi dalam pendidikan di SMK Seksyen 19. Sebelum ini, bilik ini adalah sebuah bilik sumber yang biasa sahaja dan sinonim dengan nama Stor Sukan. Oleh kerana dasar dan  kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1 Sukan, pihak sekolah telah menukar corak fizikal dalaman  kepada sebuah bilik yang mesra pengguna, selamat, kondusif dan bercirikan ala sebuah kedai sukan.
Hal ini demikian  sejajar dengan kandungan sukatan mata pelajaran PJPK yang merangkumi Pengurusan Alatan, Keselamatan dan Kebersihan Persekitaran, Kerjaya dalam  Sukan, Kesukanan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Diri dan Keluarga,  Kemahiran Sukan dan Kecergasan fizikal.
Fungsi Bilik Sumber Sukan dan PJPK
Bilik ini berfungsi bagi dua fasa yang berbeza iaitu :
  • Fasa Pertama : Bulan Januari hingga Julai adalah masa kemuncak bagi aktiviti Sukan Sekolah, Merentas Desa, Karnival Sukan dan Pembelajaran dan Pengajaran PJPK.
  • Fasa Kedua : Bulan Julai hingga November adalah khusus untuk Pembelajaran dan Pengajaran PJPK sahaja.
Bilik ini akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan mesyuarat, perjumpaan ringkas dan proses peminjaman alatan. Pengawas Sukan akan membantu guru menyediakan alatan yang diperlukan oleh guru Rumah Sukan dan  Guru PJPK .