Pusat Akses Sekolah Print

Pusat Akses Sekolah (PUaS) telah dibuka pada tahun 2007. Ia merupakan pembinaan Fasa 2 dan antara sekolah perintis di Shah Alam. PUaS dilengkapi dengan 10 buah komputer dan rangkaian Internet. Ia juga dilengkapi dengan LAN dan juga Wireless LAN. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan mesin pencetak, skrin layar dan LCD Projektor hasil sumbangan pihak swasta.

PuAS  menawarkan perkhidmatan akses Internet dan penggunaan bahan-bahan P&P Multimedia Interaktif  kepada mana-mana guru yang mahu menggunakannya untuk aktiviti P&P atau kelab. Antara perisian aplikasi yang ditawarkan ialah Adobe Photoshop, Visual Basic 6.0 dan Microsoft Office 2007.

Antara perkhidmatan yang disediakan :

  • FROG VLE
  • EDUWEB TV
  • Self Access Learning Centre
  • Perkhidmatan Internet dan Portal Pendidikan (untuk carian maklumat)
  • Penggunaan Projektor LCD
  • Penggunaan CDRI

Sejak ia dibuka, pelbagai aktiviti telahpun dijalankan. Antaranya ialah mengakses FROG VLE, Online Language Games, Pertandingan Membina Power Point dan Movie Maker untuk P&P dan aktiviti Sidang Redaksi Majalah Sekolah. Ia dibuka setiap hari sehingga pukul 3.00 petang. Penyelaras PUaS SMK Seksyen 19 ialah Pn Faraniza Kamal Badrol.

PUAS1 

PUAS2

PUAS3

PUAS4

 

DSC 1009puas

 

PUSAT AKSES SEKOLAH 2016

 

PUAS2017

PUSAT AKSES SEKOLAH 2012

PUSAT AKSES SEKOLAH 2009