Thursday, 29 June 2017
Anda berada di: Laman Utama Kemudahan Makmal Komputer
Makmal Komputer PDF Print E-mail

MAKMAL MULTIMEDIA

Terdapat 4 buah makmal komputer yang disediakan di SMK Seksyen 19  Shah Alam bagi kemudahan pelajar iaitu 2 buah  Makmal Multimedia, 1 buah Makmal Cyber Café dan 1 buah Makmal Lotus. Makmal Multimedia 1 dan Makmal Multimedia 2 boleh memuatkan sehingga 40 orang pelajar, Makmal Cyber Café pula boleh digunakan oleh 10 orang pelajar dan Makmal Lotus pula seramai 26 orang pelajar.

Setiap Makmal Multimedia 1 dan 2 mempunyai 20 unit komputer murid, 1 unit komputer guru, 1 unit projektor, 1 unit speaker box, scanner, dan satu printer Colour Laserjet dengan menggunakan sistem operasi Windows XP. Makmal-makmal ini hanya khusus digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek ICT dan ICTL sahaja.

Makmal Multimedia 1 dan 2 mempunyai komputer berjenama Lenovo IBM dan 1 unit server. Makmal ini juga dilengkapi dengan peralatan LCD projektor, sistem speaker dan 8 unit CCTV . Makmal-makmal ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dengan mendapat persetujuan daripada Guru Penyelaras Unit ICT. Kedua-dua makmal komputer ini dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa bagi memastikan keselesaan para pelajar.

Pengurusan kedua-dua buah makmal komputer ini adalah di bawah tanggungjawab guru penyelaras Unit ICT dengan dibantu oleh  seorang Juruteknik Komputer sepenuh masa. Kesemua makmal komputer telahpun dilengkapi dengan rangkaian dalaman (LAN) bagi membolehkan perkongsian fail dan internet berdasarkan id masing-masing.

PUSAT AKSES SEKOLAH

Pusat Akses Sekolah (PUaS) telah dibuka pada tahun 2007. Ia merupakan pembinaan Fasa 2 dan antara sekolah perintis di Shah Alam. PUaS dilengkapi dengan 10 buah komputer dan rangkaian Internet. Ia juga dilengkapi dengan LAN dan juga Wireless LAN. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan mesin pencetak, skrin layar dan LCD Projektor hasil sumbangan pihak swasta.

PuAS  menawarkan perkhidmatan akses Internet dan penggunaan bahan-bahan P&P Multimedia Interaktif  kepada mana-mana guru yang mahu menggunakannya untuk aktiviti P&P atau kelab. Antara perisian aplikasi yang ditawarkan ialah Adobe Photoshop, Visual Basic 6.0 dan Microsoft Office 2003 dan 2007.

Antara perkhidmatan yang disediakan :

  • EDUWEB TV
  • Self Access Learning Centre
  • Perkhidmatan Internet dan Portal Pendidikan (untuk carian maklumat)
  • Penggunaan Projektor LCD
  • Penggunaan CDRI

Sejak ia dibuka, pelbagai aktiviti telahpun dijalankan. Antaranya ialah Online Language Games, Pertandingan Membina Power Point dan Movie Maker untuk P&P dan aktiviti Sidang Redaksi Majalah Sekolah. Ia dibuka setiap hari sehingga pukul 4.00 petang. Penyelaras PUaS SMK Seksyen 19 ialah Pn Faraniza Kamal Badrol.

 

MAKMAL LOTUS

>

Makmal Lotus dilengkapi dengan 31 buah computer yang berfungsi disamping berpenghawa dingin. Makmal ini boleh memuatkan lebih kurang 50 pelajar dalam satu-satu masa. Makmal Lotus ini digunakan bagi kelas-kelas program ICTL, Kelab Komputer dan juga AJK Sidang Redaksi Majalah Sekolah. Antara perisian aplikasi yang disediakan di makmal ini adalah Microsoft Office 2003.

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.