Sunday, 25 June 2017
Anda berada di: Laman Utama Kemudahan BILIK FROG VLE
BILIK FROG VLE PDF Print E-mail

photo 2016-11-11 22-48-55

 

 

 LATAR BELAKANG

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberikan tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara murid dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

Buat masa sekarang, terdapat dua buah Makmal ICT dan sebuah Pusat Akses (PuAs) yang digunakan untuk Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Namun ini tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid seramai 2000 orang. Tambahan pula, pihak sekolah perlu mencapai KPI penggunaan FROG VLE di dalam PdP sebanyak 20% setiap minggu. Oleh itu diharapkan dengan adanya Bilik FROG VLE ini akan dapat memberikan kemudahan yang selesa bagi penggunaan FROG VLE di dalam PdP. Bilik FROG VLE yang dicadangkan adalah di bilik darjah bersebelahan Pusat Akses Sekolah di tingkat 3 Blok A.

 

TUJUAN

  • Meningkatkan KPI penggunaan FROG VLE dengan adanya kemudahan Bilik FROG VLE
  • Mengintegrasikan FROG VLE dalam pedagogi PdPC dan PAK-21

 

Matlamat utama ialah untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan sesuai dengan piawaian Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21 yang menjurus ke arah pembelajaran maya. Pihak sekolah amat berharap permohonan ini dapat dilaksanakan dan disiapkan sepenuhnya pada akhir bulan Mac 2016.

 

OBJEKTIF

Antara objektifnya ialah :-

  •          Memberikan kemudahan kepada murid-murid yang menggunakan FROG VLE dan netbook
  • Menggalakkan guru menggunakan FROG VLE sebagai medium PdP  Abad ke-21.
  •          Menyediakan tempat yang sesuai untuk murid membuat kerja kursus SPM dan menggunakan FROG VLE.
  •          Mengoptimumkan penggunaan FROG VLE dengan menjalankan dua kelas serentak setiap sesi PdP

 

MAJLIS PERASMIAN BILIK FROG VLE

bilikfrogvle

 

 

PROSES BILIK FROG VLE

 

PROJEK BILIK FROG VLE

 

FARANIZA KAMAL BADROL

GURU PENYELARAS BESTARI 

SMK SEKSYEN 19 SHAH ALAM

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.