Sunday, 25 June 2017
Anda berada di: Laman Utama HEM Unit Disiplin
Unit Disiplin PDF Print E-mail

JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN /TATATERTIB TAHUN 2017

 

 

 

CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2017

 

 

 

 

 

 

 

 

Panduan Tugas Guru-Guru Disiplin

1.Rondaan

  • Guru-guru yang ditugaskan meronda hendaklah meronda mengikut masa yang ditetapkan.
  • Sila buat rondaan pada lokasi-lokasi yang difikirkan adalah “hot-spot” untuk murid-murid ponteng, merokok dan sebagainya.
  • Setiap rondaan hendaklah dilaporkan dalam buku yang disediakan. Sila ambil buku tersebut di meja Pn. Herlina

2. Pagar & Murid Lewat

  • Guru yang bertugas menjaga pagar hendaklah memastikan pengawas mengambil nama murid yang lewat selepas pagar ditutup iaitu 7.30 a.m.
  • Pengawas bertugas sehingga jam 7.40 a.m. maka, guru perlu meneruskan tugas pengawas dengan mengambil nama yang lewat sehingga jam 8.05 a.m.
  • Sila ambil kotak berisi slip kehadiran lewat serta buku analisis kehadiran lewat di atas meja Pn Herlina sebelum bertugas di pagar.
  • Sila keluarkan slip kehadiran lewat kepada pelajar yang lewat sekiranya perhimpunan telah selesai. Sekiranya perhimpunan masih berjalan, tidak perlu keluarkan slip tersebut.
  • Ingatkan pelajar agar menyerahkan slip kepada guru tingkatan mereka.
  • Nasihatkan murid agar lebih awal ke sekolah.
  • Dendaan berbentuk mengutip sampah di dalam kawasan sekolah boleh dijalankan kepada murid-murid tersebut.
  • Dendaan rotan boleh dijalankan kepada murid yang telah lewat selama 5 kali dan guru-guru diminta merekodkan dendaan tersebut dengan mencatat ® dalam senarai nama pelajar yang digunakan agar tidak berlaku kekeliruan pada masa akan datang.
  • Sila isikan jumlah murid yang lewat pada buku analisis kehadiran lewat dan tandatangan ruangan yang disediakan.
  • Senarai nama murid serta kotak slip kehadiran lewat hendaklah diletakkan semula di atas meja Pn Herlina.

3. Laluan Waktu Balik

  • Guru-guru bertugas hendaklah berada di aras 3 tangga antara blok C dan D pada jam 1.05pm dan arahkan murid-murid agar turun melalui tangga Blok A dan B sahaja. - - Tangga Blok C dan D adalah laluan murid-murid petang naik ke kelas.
  • Guru-guru boleh beredar sekiranya semua murid telah turun dari kelas masing-masing.

4. Perhimpunan

  • Guru-guru yang ditugaskan hendaklah mengawal disiplin murid di tapak perhimpunan setiap kali ada perhimpunan.

Selamat Menjalankan Tugas

 

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.