Sunday, 22 October 2017
Anda berada di: Laman Utama Kemudahan Pusat Sumber Sekolah Peraturan PSS
Peraturan PSS PDF Print E-mail

1. Waktu perkhidmatan

  • Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 4.30 petang | 4.30 petang - 6.30 petang (mengikut keperluan pelajar/guru)
  • Jumaat : 8.00 pagi - 12.30 tengahari | 2.30 petang- 4.30 petang
  • Sabtu : Mengikut keperluan pelajar / guru
  • Ahad : Ditutup

2. Keahlian

  • Ahli Tetap : Pelajar-pelajar, guru-guru tetap dan semua kakitangan SMKS19, Shah Alam (menggunakan “smart card”)
  • Ahli Sementara : Guru sandaran, guru praktikal dan AJK PIBG (menggunakan kad sementara)

* semua pelajar dan guru diwajibkan menjadi ahli PSS

3. Kad Keahlian

  • Setiap ahli perlu memiliki “smart card”
  • “Smart card” tidak boleh dipindah milik
  • “Smart card” yang rosak atau hilang boleh diperbaharui semula dengan membeli kad yang baru melalui koperasi sekolah

4. Denda

Butir Denda
Lewat memulangkan buku 20 sen sehari termasuk hari cuti
Buku/Bahan hilang/rosak Ganti rugi mengikut harga buku / bahan tersebut
Gagal mematuhi peraturan PSS Tindakan disiplin akan dikenakan

TATATERTIB SEMASA DI PSS

  1. Pelajar diwajibkan memakai unifom sekolah atau T-shirt sekolah di dalam PSS.
  2. Pelajar dilarang memakai selipar di dalam PSS.
  3. Pelajar kelas dikehendaki berbaris di luar PSS jika mengunjungi PSS bersama guru pengiring.
  4. Pengguna dilarang membawa masuk beg. Beg hendaklah disimpan di dalam loker yang disediakan.
  5. Pengguna dilarang membawa masuk buku-buku rujukan sendiri kecuali buku nota dan alat tulis sahaja.
  6. Pengguna perlu merekod penggunaan PSS di dalam buku rekod penggunaan PSS yang berkaitan.
  7. Pengguna dilarang membuat bising semasa berada di PSS.
  8. Pengguna dikehendaki meletak buku yang telah dibaca di atas troli yang disediakan. BUKU TIDAK PERLU DILETAK SEMULA DI ATAS RAK.
  9. Pengguna diminta menyusun meja dan kerusi dalam keadaan teratur sebelum meninggalkan PSS.
  10. Pengguna dilarang membawa keluar peralatan PSS tanpa kebenaran guru atau pengawas bertugas.
  11. Pengguna dilarang merosakkan buku dan peralatan di PSS.
  12. Pengguna dilarang makan dan minum di PSS.
  13. Pengguna diminta memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan pengawas PSS.
  14. Guru dan pengawas PSS berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan meninggalkan perpustakaan.
  15. Pihak PSS berhak meminda masa perkhidmatan, menarik balik kemudahan-kemudahan dan meminda mana-mana peraturan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sebarang pengumuman akan ditampalkan di papan kenyataan dan pintu masuk utama perpustakaan.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK RUJUKAN KHAS (RED SPOT)

  1. Pelajar perlu meminta kebenaran daripada guru atau pengawas bertugas.
  2. Pengguna perlu merekod penggunaan di dalam buku yang disediakan.
  3. Pengguna dilarang membawa keluar buku dari bilik tersebut kecuali atas kebenaran guru atau pengawas bertugas.
  4. Buku-buku didalam bilik ini tidak boleh dipinjam.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD

  1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD tanpa guru pengiring.
  2. Pelajar dikehendaki mematuhi tatatertib PSS semasa berada di bilik APD.
  3. Pengguna dikehendaki menyemak dan mematuhi peraturan-peraturan penggunaan alatan seperti TV, Astro, Perakam Video dan lain-lain.

PERATURAN SEMASA KECEMASAN

  1. Dengar dan ikut arahan yang diberikan oleh guru bertugas.
  2. Tinggalkan semua buku dan peralatan di atas meja.
  3. Segera keluar mengikut pintu berhampiran (mengikut pelan kecemasan yang disediakan).
  4. Elakkan berebut-rebut dan membuat bising semasa keluar.
  5. Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.