Thursday, 27 June 2019
Anda berada di: Laman Utama
Majlis Perasmian Bilik FROG VLE
Written by Faraniza Binti Kamal Badrol    Monday, 18 April 2016 17:09    PDF Print E-mail

photo 2016-04-18 17-43-51

Baru-baru ini iaitu pada tanggal 31 Mac 2016, SMK Seksyen 19 telah merasmikan Bilik FROG VLE yang pertama di sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam. Bilik FROG VLE ini merupakan inisiatif Pengetua SMK Seksyen 19 iaitu Puan Hajah Putri Roslawati binti Hashim di samping sumbangan PIBG.Tujuan mewujudkan bilik ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan serta membudayakan FROG VLE sebagai pelantar maya dalam PdP dan merealisasikan elemen 21st Century Learning di kalangan warga SMK Seksyen 19. 

Matlamat utama ialah untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan sesuai dengan piawaian Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21 yang menjurus ke arah pembelajaran maya. Pihak sekolah amat berharap permohonan ini dapat dilaksanakan dan disiapkan sepenuhnya pada akhir bulan Februari 2016.

OBJEKTIF

  •           Memberikan kemudahan kepada murid-murid yang menggunakan FROG VLE dan netbook

  •           Menggalakkan guru menggunakan FROG VLE sebagai medium PdP  Abad ke-21.

  •           Menyediakan tempat yang sesuai untuk murid membuat kerja kursus SPM dan menggunakan FROG VLE.

  •           Mengoptimumkan penggunaan FROG VLE dengan menjalankan dua kelas serentak setiap sesi PdP

        Bermula dengan proses mencari dana dan proses perbincangan untuk mendapatkan kelulusan serta sokongan kewangan dari pihak PIBG, pentadbir dan sumbangan individu-individu yang prihatin dalam merealisasikan impian untuk mewujudkan bilik FROG VLE di sekolah. Proses-proses yang lain seperti mengubahsuai struktur dalaman Pusat Akses Sekolah, mengecat, menghias dan melengkapkan bilik ini atas bantuan Head FROG Champion iaitu Puan Rosnani Md Zain, penyelaras FROG VLE iaitu Faraniza Kamal Badrol dan dibantu oleh FROGGOS Co-coordinator merangkap guru-guru ICT SMK Seksyen 19 iaitu Norhaslina Mat Jidin, Shazalina Ghazali, Shuhainor Mohd Sukor dan Johari Jani selaku Juruteknik Sekolah.

        Tidak ketinggalan, bilik ini berjaya disiapkan atas bantuan kontraktor-kontraktor berpengalaman dan juga murid-murid 4 Persona yang tidak pernah mengenal erti penat. Harapan puan pengetua ialah dengan adanya kemudahan Bilik FROG VLE yang dikuasakan dengan UNIFI dapat meningkatkan KPI FROG VLE sekolah disamping membudayakan PdP maya bercirikan Pembelajaran Abad ke-21.

bilikfrogvle 

Last Updated ( Tuesday, 19 April 2016 21:59 )
 
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015
Written by Faraniza Binti Kamal Badrol    Tuesday, 05 April 2016 12:48    PDF Print E-mail

apc2015

 

Tanggal 30 Mac 2016 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015. Seramai 14 orang guru dan staf SMK Seksyen 19 telah dianugerahkan APC di MAEPS, UPM, Serdang Selangor. Majlis dirasmikan oleh Dato' Dr Mohamad Satim bin Diman iaitu selaku Pengerusi MAEPS.

 

Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 tahun 2002. Ianya merupakan satu pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan prestasi yang cemerlang pada sepanjang tahun dinilai. Anugerah ini terbuka kepada semua staf samada tetap ataupun kontrak yang telah genap setahun penuh perkhidmatan pada hari terakhir penilaian dengan mendapat markah penilaian prestasi sekurang-kurangnya 85 peratus. Pemilihan dilakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia. Kouta Anugerah Perkhidmatan adalah dihitung berdasarkan kepada jumlah 8% daripada jumlah staf pada tahun semasa. OBJEKTIFObjektif penganugerahan adalah untuk :

  • Menghargai sumbangan cemerlang yang diberikan oleh staf 
  • Menjadi contoh kepada staf lain
  • Menanam budaya kerja cemerlang

Terima kasih kepada semua pentadbir dan warga SMK Seksyen 19 atas kerjasama erat yang telah diberikan.

apc20153

Last Updated ( Tuesday, 05 April 2016 14:35 )
 


  • Aktiviti Terkini
  • Galeri Foto
  • Galeri Video
spllitrite2
Image Detail
P4290609
Image Detail
DSC_1983
Image Detail
You must have Flash Player installed in order to see this player.

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.